Jabatan Pelajaran Melaka diarah supaya menyiasat punca seorang pelajar
sekolah rendah dipanggil 'pelacur' oleh guru disiplinnya.
Insiden
itu agak tidak wajar, kata Timbalan Menteri Pendidikan Datuk Mary Yap
kepada pemberita di lobi Parlimen di Kuala Lumpur hari ini.
Pelajar
berumur 12 tahun dari Batu Berendam itu membuat laporan polis semalam
dengan mendakwa guru disiplinnya memanggilnya 'pelacur' selepas tersilap
menuduhnya sebagai sebahagian daripada kumpulan yang membuat bising dan
menimbulkan masalah kepada seorang guru lain.
Laporan menyebut ibu pelajar perempuan itu turut diminta oleh guru disiplin terbabit supaya memindahkan anaknya ke sekolah lain.
- Bernama
No comments:
Post a Comment